Tuesday, January 15

Andainya aku pergi dulu

Andainya aku pergi dulu sebelum mu.. Janganlah kau bersedih hati, jaga diri, jangan makan hati kerana yang patah akan tumbuh yang hilang akn berganti. Andai memang ditakdirkan aku tiada lagi di sisi mu, janganlah kau memencil diri.. Kau mampu untuk bangkit dan meneruskan hari hari mu.. Jika kau merindukan diri ini, bayangkanlah masa-masa yang bahagia semasa kau dan aku bermesra bersama. Walaupun aku tiada di sisi mu, percayalah aku selalu berada di sampingmu walau di mana kau berada. Aku tak akan pernah melupakan kau dan tak pernah akan lupa merindukan kau.. Janganlah kau kecewa kerana diri ini lebih kecewa jika kau kecewa. Di pohon kemboja kita meluangkan masa bersama, di kelas kau tersenyum dan membuatkan hari hari ku sungguh bermakna. Ku sulitkan masalah2 dengan gelak tawa mu. Di sini aku percaya bersaksi pembaca yang satu hari nanti kau pasti aku kembali menjadi sahabat ku.. Pada waktu itu, aku berjanji untuk menjaga engkau dengan penuh ikhlas dan tulus walau masa ku semakin singkat. Andai kau mendengar tika Al-Quran mendayu di subuh sunyi, itu tandanya aku pergi dulu sebelum mu. Akan aku nantimu di pintu syurga.