Mencelik dan menarik nafas pada hari pertama aku di dunia ini, aku hanya mempunyai satu arah perjalanan dalam sebuah kehidupan demi mengecapi apa yang aku inginkan. Hasrat murni di dalam hati berkawan dengan mu sentiasa membuatkan ku berusaha untuk menjadi lebih baik dengan sentiasa berdoa. Masa ku akan tiba kelak, semoga direstui Illahi. Engkau (sahabatku) temui jawapan yang engkau inginkan.. Ya Allah, kau suluhkan lah cahaya di hati ini agar menjadi terang daripada kelam kegelapan. Kau tunjukkan lah jalan seandainya aku tersesat, kau bukakanlah hatiku ini. Kau tegakkanlah semangat ku bila ia runtuh berkecai. Bantulah aku mencamtunkan kembali serpihan2 semangat ku itu. Sekiranya takdir menguji, cekalkan lah hati ku ini walaupun aku menempuhnya dengan seorang diri tetapi aku tahu Kau sentiasa berada bersamaku. Aku percaya setiap ujian yang kau berikan pasti ada hikmahnya.. Mungkin buruk bagi ku tetapi cantik kepada mereka.. Mungkin juga buruk kepada mereka tetapi cantik bagi ku.